KHASIAT NONI ENZIM
Amalkan Noni Enzim untuk menguatkan sistem imuniti badan bagi mengelakkan dari terkena jangkitan H1N1.
FED NONI – 100% PURE NONI LEAVEN
Pati Noni dikenali sebagai penyembuh dan antiseptik tradisional. Ia dapat menyembuhkan luka dalaman. Ciri-ciri bakterianya pula dapat membantu melindungi daripada kerosakan jantung serta sistem penghadaman. Ia juga turut mengandungi SELENIUM, merupakan salah satu ANTI OKSIDA yang terbaik serta mengandungi banyak ‘PHYTONUTRIENTS’, yang memberikan perlindungan terhadap radikal-radikal bebas yang terhakis di bahagian dalam dan luar badan. Ini akan melambatkan proses penuaan. Fungsi lain ialah bertindak sebagai agen ANTI RADANG dan ANTI HISTAMIN, membersih dan melancarkan pengaliran darah, meningkatkan sistem imunisasi atau pertahanan badan, membuang angin yang tidak diperlukan dalam badan serta turut meningkatkan tenaga.
Kajian Saintifik
Buah mengkudu mengandungi 12 kandungan penting seperti proxironine, asid kaproid, asid aprilik, minyak penting, B-D-glucopiranose pentaacetate-2, asperuloside tetra acetate, glucose, Asid ascorbik (vitamin c) dan damnacanthol. Beberapa jenis kandungan ini boleh bertindak sebagai anti-bakteia melawan Escherichia coli, Salmanrlla typhi, Shigella paradysenteriac dan Staphylococcuss aureus. Buah mengkudu boleh memulihkan sistem penghadaman dan ini dapat membantu dalam memulihkan penyakit “hemorrhoidsm”, hidung tersumbat dan “cerebral hemorrhage”. Ia dapat juga membantu untuk meredakan “embolishsm” dan membantu untuk melancarkan aliran darah yang mungkin disebabkan ketulan-ketulan darah (ketulan darah ini terdapat dalam saluran darah dan memperlahankan perjalanan darah).
Mengkudu juga bertindak sebagai “anti-oxidant” yang sangat baik. Kandungan yang paling penting dalam buah mengkudu adalah proxeronine. Proxerinine ini akan membentuk Xeronine apabila dimakan dan Xeronine ini boleh membaiki sel-sel yang rosak dan mengaktifkan sel-sel yang lemah. Salah satu unsur penting dalam mengkudu ialah Damnacanthol yang boleh bertindak sebagai anti-virus dan anti-tumor yang boleh bertindak ke atas beberapa jenis barah paru-paru. Beberapa kajian klinikal menunjukkan mengkudu dapat menolong masalah penyakit buah pinggang yang teruk. Ia juga menunjukkan sidat “anti inflammatory” yang boleh membantu dalam merawat “arthritis”. Dalam percubaan ke atas tikus, berat badan, kesuburan sel darah putih dan kekuatan berenang bertambah setelah diberi jus mengkudu.
Mengkudu Kaya Dengan Khasiat Perubatan
1. Meningkatkan daya tahan tubuh
Penyelidikan klinikal yang dilakukan oleh Dr. Schecter (Institut Perubatan Alami di California) menghasilkan data-data penting tentang kemampuan ekstrak mengkudu, di antaranya meransang pertumbuhan sel T dalam sistem kekebalan tubuh (sel T berperanan penting dalam melawan penyakit), memperkuatkan sistem kekebalan tubuh terutama makrofag dan limfosit dari sel darah puih, menunjukkan kesan anti bakteria, mempunyai kesan anti rasa sakit (analgesik), melambatkan pertumbuhan sel-sel barah/tumor iaitu dengan kemampuannya menormalkan fungsi sel-sel yang abnormal.
2. Menormalkan Tekanan Darah
Menurut Neil Solomon, MD. PhD, peniliti masalah kesihatan dari Amerika melaporkan bahawa ekstrak mengkudu mengandungi sejenis fitonutrien, iaitu scopoletin yang berfungsi untuk memperlebar saluran pembuluh darah yang mengalami penyempitan. Hal ini menyebabkan jantung tidak perlu bekerja terlalu keras untuk mengepam darah, sehingga tekanan darah menjadi normal. Scopoletin yang terdapat dalam ekstrak mengkudu dapat berinteraksi sinergis dengan nutraceuticals (makanan yang berfungsi untuk perubatan) lain untuk mengatur tekanan darah tinggi menjadi normal. Tidak pernah ditemukan kes di mana tekanan darah normal turun hingga mengakibatkan tekanan darah rendah (hipotensi). Para ahli dari Universiti Stanford, Universiti Hawaii, Universiti of California (UCLA), Union College of London, Universiti of Meets di Perancis yang telah mempelajari ekstrak mengkudu berperanan menurunkan tekanan darah dalam banyak kes.
3. Melawan tumor dan kanser
Tahun 1993 Jurnal Canser Letters, volume 3; melaporkan penemuan zat anti kanser/damnacanthal dalam ekstrak mengkudu mampu mengahalang pertumbuhan sel-sel kanser. Ada beberapa kes pesakit kanser yang mencuba ekstrak mengkudu dan kemudian sembuh. Antara lain, kes pesakit Dr. Harrison (D.C. General Hospital) yang menderita kanser hati dan pembengkakan perut yang disebabkan oleh cairan yang berlebihan, selepas tujug hari mencuba ekstrak mengkudu bengkak pada perutnya berkurangan secara nyata. Pengujian baru terhadap cairan perutnya menunjukkan bahawa sel-sel kanser tersebut telah lenyap. Menurut Dr. Judah Folkman dari Harvard University, ekstrak mengkudu bekerja sinergis dengan mikronutrien lain dalam menghalang aliran darah yang menuju ke sel-sel tumor.
4. Menghilangkan rasa sakit
Kemampuan ekstrak mengkudu sebagai zat analgesik telah dikenal dalam sejarah perubatan tradisional, sehingga tanaman ini disebut “Painkiller tree” atau “Headache tree”. Banyak teori yang menjelaskan tentang bagaimana mekanisme kerja ekstrak mengkudu menghilangkan rasa sakit. Salah satunya adalah teori Dr. Ralph Heinicke (ahli biokimia terkenal dari AS) yang mengatakan bahawa Xeronine berperanan dalam menghilangkan rasa sakit. Hal ini dikaitkan dengan kemampuan Xeronine menormalkan protein pada sel-sel yang abnormal, termasuk sel-sel jaringan otak, tempat berasalnya rasa sakit. Beberapa kes rasa sakit yang kronik seperti sakit kepala terus-menerus, rasa sakit pada otot, saraf dan sendi disembuhkan setelah mengkonsumsi ekstrak mengkudu.
5. Anti peradangan dan anti alergi
Senyawa scopoletin (hidroksi-metoksi-kumarin) sangat efektif sebagai zat anti radang dan anti alergi. Pensyarah-pensyarah kedoktoran melaporkan keberhasilan perubatan pada arthritis, bursitis, carpal tunnel syndrome dan alergi dengan menggunakan scopoletin. Bryant Bloss, MD, ahli ortopedik dari Indiana, AS melaporkan keberkesanan ekstrak mengkudu menyembuhkan sakit punggung yang dialaminya dan juga 15 orang pesakitnya. Sementara itu, lapan orang pesakitnya melaporkan bahawa sakit lutut (Osteoarthritis) hampir tidak terasa selama mengamalkan ekstrak mengkudu. Tiga dari pesakit Dr. Bloss yang menderita asma mengalami kemajuan dengan semakin berkurangnya batuk. Beberapa pesakit yang mengalami radang sendi juga mulai mengalami kemajuan secara nyata setelah meminum ekstrak mengkudu.
6. Anti bakteria
Hasil penelitian yang dimuatkan di dalam jurnal Pacific Science (Volume 4, tahun 1950) melaporkan bahawa ekstrak mengkudu mengandungi bahan anti bakteria yang dapat digunakan untuk mengatasi penyakit jantung, masalah pencernaan. Senyawa Antraquinon ternyata dapat melawan bakteria Staphylococcus yang menyebabkan infeksi pada jantung dan bakteria Shigella yang menyebabkan disentri. Selain itu Antraquinon juga sebagai anti bakteria terhadap:
- Bacillus subtilis,
- E. coli,
- Proteus morganii,
- P. aeruginosa,
- Salmonella typhi,
- Shigella dysenteriae,
- Stapylococcus aureus.
Dr. Robert Young, ahli mikrobiologi dari Utah, USA menemukan yeast molds dan jamur beserta racun yang dihasilkannya dapat menyebabkan sel-sel sakit kerana kealkaliannya (pH) meningkat. Dengan ekstrak mengkudu, keadaan tersebut dapat diatasi kerana membantu mengatur keseimbangan pH tubuh sehingga meningkatkan kemampuan tubuh menyerap vitamin-vitamin, mineral dan protein.
7. Mengawal stress (Mood)
Salah satu kemampuan yang dimiliki oleh scopoletin adalah dapat mengikat serotonin. Menurut Dr. Harrison (DC. General Hospital, USA) scopoletin dapat meningkatkan kegiatan kelenjar peneal yang terdapat di dalam otak, yang merupakan tempat dimana serotonin diproduksi dan kemudian digunakan untuk menghasilkan hormon melatonin. Serotonin adalah salah satu zat penting di dalam butiran darah (trombosit) manusia yang melapisi saluran pencernaan dan otak. Di dalam otak, serotonin berperanan sebagai neurotransmitter (penghantar signal saraf) dan prekursor hormon melatonin. Serotonin dan melatonin membantu mengatur beberapa kegiatan tubuh seperti tidur, regulasi suhu badan, mood, masa pubertas dan siklus produksi sel telur, rasa lapar dan perilaku seksual. Kekurangan serotonin dalam tubuh dapat mengakibatkan penyakit migrain, pusing, depresi, bahkan juga penyakit Alzheimer.
8. Mengawal perubahan energi tubuh
Dr. Harrison juga melaporkan bahawa perubahan frekuensi energi tubuh juga disebabkan oleh kegiatan positif ekstrak mengkudu. Kesan lain antaranya; dapat menstabilkan gula dalam darah, menghilangkan rasa sakit waktu haid, mengurangi keinginan buang air kecil pada malam hari untuk lelaki yang mengalami pembengkakan prostat. Menurut Dr. Heinicke (ahli biokimia dari AS), Xeronine juga turut berperanan dalam proses perubahan energi tubuh. Ia menjelaskan mekanismenya berikut, Xeronine akan diserap pada tempat yang berdekatan dengan tempat penyerapan hormon endorphin. Xeronine juga bertindak sebagai prekursor hormon (co-hormone) untuk mengaktifkan protein reseptor yang memberikan perasaan selesa/nyaman. Akibatnya orang akan merasa tenang dan memiliki banyak tenaga setelah mengguna ekstrak mengkudu.
Secara umumnya buah mengkudu boleh membantu dalam masalah penyakit-penyakit di bawah:
- Tekanan darah tinggi
- Barah
- Penyakit jantung
- Kencing manis
- Masalah seksual
- Lemah badan
- Berat badan berlebihan (kegemukan)
- Masalah buah pinggang
- Fikiran berserabut
- Alahan seperti alahan pada makanan laut seperti udang dan ketam
- Arthiritis
- Masalah penghadaman
- Angin ahmar
- Masalah tidur
- Ketagihan merokok
- Masalah pernafasan
- Kurang tenaga
- Batuk
- Cacing
- Gout
- Asma
- Resdung
- Gastrik
- Tumor
- Luka kecil
- Kelemumur
- Kebengkakan
- Keracunan makanan
“SETIAP PENYAKIT ITU ADA UBATNYA KECUALI MATI”
Proses Pembuatan Enzim Noni
Enzim Noni diperam dan diproses dari intipati asal Noni berkualiti tinggi yang berasal dari kepulauan Pasifik Selatan. Ia merupakan 100% pati Noni tulen merupakan Enzim yang berkualiti tinggi, tidak mengandungi sebarang bahan tambahan atau pengawet.
Pokok Noni
Pokok-pokok Noni adalah pokok-pokok buah tropika yang tumbuh liar di kawasan Kepulauan Pasifik Selatan, berbuah selepas 10 bulan
Buah Noni
Selepas tempoh masa 18 bulan, buah Noni akan masak dengan ketuat tumbuh di atas kulit, menyerupai jambu batu. Setiap pokok akan menghasilkan sebanyak 4-8 Kilogram setiap bulan.
Penapaian Semula Jadi
Buah Noni yang masak dan tumbuh sempurna dipilih secara teliti sebelum diletakkan dalam tong-tong khas untuk proses penapaian semulajadi selama tempoh 3 bulan (lebih kurang 90 hari)
Pengekstrakan Teknologi Tinggi
Selepas penapaian semulajadi berlaku, Noni tersebut diekstrak melalui proses pengasingan yang akan memisahkan intipati daripada hampas
Penghapusan Bakteria Dengan Tekanan Tinggi
Proses Pensterilan, yakni mengenakan tekanan tinggi terhadap ekstrak Noni dijalankan bagi mengawal kualiti Noni yang telah ditapai.
Pembotolan dan Penghantaran
Noni yang dihasilkan akan dimasukkan ke dalam bekas yang bebas daripada kuman dan habuk, kemudiannya akan dihantar ke proses pembotolan
Perletakan dalam Kontena-kontena untuk dieksport
Ribuan kontena akan dihantar kepada penggemar Noni di serata dunia sebagai usaha meningkatkan kesihatan ke seluruh dunia.
Cara Pengambilan Enzim Noni
* 2 kali sehari semasa bangun pagi dan semasa hendak tidur
*Jangan gosok gigi dahulu (ubat gigi mengandungi bahan yang boleh merosakkan Enzim Noni), gosok gigi selepas menggunakan Enzim Noni.
* Terus minum segelas air suam @ air bertapis (air liur semasa bangun pagi adalah enzim yang paling baik jika di gunakan dengan Enzim Noni adalah lebih berkesan).
* Ambil Enzim Noni 4 titik atau lebih titik dibawah lidah.
* Kemam atau kebam selama 3-4 minit biarkan Enzim Noni meresap melalui saluran darah dibawah lidah terus kedalam darah.
* Telan sikit-sikit Enzim Noni sehingga habis dari dalam mulut.
* Minum segelas air lagi.
* Ulangi perkara yang sama semasa hendak tidur.
Perhatian : Selepas menggunakan Enzim Noni, jarakkan masa 1/2 jam barulah boleh makan/minum kopi, nescafe, teh atau sebarang ubat klinik/hospital (jika anda sedang memggunakan ubat klinik/hospital teruskan seperti biasa).